JAWABNYA : memang patut dan sunnah solat istikhrah pada semua urusan penting atau tidak penting, perkara besar atau kecil, suka atau benci, perkara yang diyakini ada baiknya atau dalam keadaan keraguan, begitu juga perkara yang kita nampak jelas akan berlaku sesuatu yang tidak diingini mahupun yang ada kemungkinan pengakhiran yang tidak baik.
قال الله تعالى: وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللّهُ يَعْلَم وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ -البقرة:216
Ertinya;- ...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Sabda Nabi Mustafa (sallallahu alaihi wasallam) dalam hipunan kitab Hadis Bukhari : No.6382
كَانَ النَّبِىُّ صلى الله عليه وسلم يُعَلِّمُنَا الاِسْتِخَارَةَ فِى الأُمُورِ كُلِّهَا كَالسُّورَةِ مِنَ الْقُرْآنِ
Maksudnya;- Adalah Nabi sallahu alaihi wasallam mengajar kita al-istikharah pada semua perkara seperti satu surah dari al-Quran.
Perhatikan dalil-dalil dan hujah berikut:
1- alBaqarah ayat 216
2- Hadis dari Jabir bin Abdullah : فِى الأُمُورِ كُلِّهَا : pada semua perkara, utk semua urusan.
Kesimpulan: Mengikut ulamak Hadis, solat istikharah disetiap perkara adalah SUNNAH,adapun ulamak Fiq mengatakan SUNAT, adapun yang berpendapat jika perkara yang kita yaqin baik tak perlu solat istikharah lakukanlah terus...!!! atau jika perkara yang kita yakini akan merugikan kita tinggalkanlah terus...!!! yang mana hanya solat istikharah untuk perkara yang ragu-2 dan perkara yang penting-2 sahaja itu adalah daripada ulamak yang PUNAH. والله أعلم .
No comments:
Post a Comment