Sunday, 20 February 2011

Tazkirah Azab Kubur


 بسم الله الرحمن الرحيم
Punishment of the grave (Barzakh) Azab Kubur
Oleh: Ustz, Abu Niz Abdul Aziz 

·        Pengertian bahasa : ((الحاجز بين شيئين Pembatasan antara dua perkara.1) or antara dua pihak.

·        وهو العالم المتوسط بين الموت والقيامة ، يُنعّم فيه الميت أو يعذّب حتّى تقوم الساعة

·          Segi istilah:- Iaitu alam pertengahan antara mati dan hari qiamah, si mati akan di bagi kenikmatan atau azabnya sehingga berlaku qiamat. (hisab kebaikan atau kejahatan yg dilakukan sblm maut)

·        Firman Allah taala 2) : (( وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ )) dan dihadapan mereka ada alam barzakh (tinggal tetap) sehingga mereka dibangkitkan semula.  يوم القيامة ayat ini jelas dalil bahawa disana perantaran kehidupan dunia dan kehidupan setelah di bangkit.
·        Ada yang berpendapat dlm kita-2 tafsir :
« البرزخ: القبر، وفيه الثواب والعقاب بين الدنيا والآخرة »
Al-Barzakh : iaitu alam Qubur, dan didalamnya balasan baik dan balasan siksa yang diantara dunia dan akhirat.(blm siksaan yg serius lagi)

Kengerian al-Barzakh:  Sebagai mana kita maklum bahawa kehidupan hari akhirat akan bermulanya dari pada mati, selepas ((غمرات الموت melawan kesakitan yg amat pedih nyawa dicabut dari badan manusia ditujukan kepada kengerian alam qubur,  

(غمرات الموت) satu gambaran yg sangat takut sebagai tanda terakhir kita di bumi dunia ini, yang mana tak dapat kita nak helah bahawa ruzki kita sudah habis, segala-gala kehidupan kita sudah tamat, apa benda yang kita sayingi selama ini sudah tak ada erti. berkata Amirul Mu'minun Ali رضى الله عنه : « الموت باب الآخرة » Mati merupakan pintu akhirat, dan ada cerita ad- Daif (Hadis lemah) : « أدنى جَبَذات الموت بمنزلة مائة ضربةٍ بالسيف »(3) Maksudnya: kesakitan hampir mati seolah-olah seratus pukulan dengan pedang .

diantara kegerian alam Qubur seperti berikut:-

1- عن ‏ ‏البراء بن عازب ‏ ‏رضي الله عنهما, ‏ عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال: 
إذا أقعد المؤمن في قبره أتي ثم شهد أن لا إله إلا الله وأن ‏ ‏محمدا ‏ ‏رسول الله فذلك قوله :  
Maksud hadis 4):
            
1-Dari alBara' bin Azib الله عنهما  رضي dari Nabi صلى الله عليه والسلام bersabda.: Apabila seorang mukmin diletakkan kedalam kuburnya, datanglah (malaikat-malaikat) kepadanya lalu dia mengucap bahawa '' tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah''. Ini menepati firman Allah Taala berbunyi

''Allah meneguhkan (kekuatan iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu (kalimah tauhid dua kalimah syahadat tersebut).

Ayat ini diturunkan mengenai azab kubur,  Seksa kubur ini ada ulama mengatakan seksa badan dan roh kedua-duanya sekali, Allah Taala maha kuasa mengembalikan sebahagian daripada jasad yang berkecai itu dicantumkan semula dan mengembalikan nyawanya ke dalam jasadnya itu, Ibn Hazm dan Ibn Hubairah yang mengatakan seksa kubur adalah seksa roh sahaja tanpa ia kembali semula kepada badan, Bandingkan dengan orang bermimpi merasa selesa atau seksa, sedangkan orang-orang yang ada bersamanya tidak tahu apa-apapun yang berlaku pada diri si tidur yang bermimpi itu.5) Daripada keterangan ini masalah orang mati hancur badan boleh mengatasinya. 

____________
1) لسان العرب / ابن منظور
2) سورة المؤمنون: 100
3). الشيخ الألباني حديث رقم: 267ضعيف الجامع 
الجامع الصغير- السيوطي برقم : 325     ‏
4) .Summarized Sahih al-Bukhari(English-Arabic) Dr M.M Khan, Book of Funerals,
     no.688,  p.341-342. Darussalam.
5) .Fathul BariIbn Hajarbab 86 Mengenai Azab Kubur, halaman 599, 602 dan 603

No comments: