Thursday, 10 February 2011

Kenduri Arwah

Kenduri arwah mengikut Sheikh Daud al-Fatoni
Koleksi: Ustz, Abu Nik Abdul Aziz

بسم الله الرحمن الرحيم 

 اِنَّ أَصْدَقَ الحَدِيْثِ كِتَابُ الله، وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَشَرَّ الأُمُوْرِ مُحْدَثَاتُهَا، وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ، وَكُلَّ ضَلَالَةٍ فِى النَّارِ

Ini sekadar mengingati soalan lama dari kawan-kawan semasa di Bradford-UK. Soalannya;-
Ustaz, boleh ker kita buat kenduri arwah (baca yasin atau tahlil apa-apa lah) untuk si mati macam orang-orang tua kita dok buat tu, katanya ulama' yang hebat-hebat di Fatoni dan Kelantan semua buat kenduri arwah...??!!


Jawapannya, Melebihi 13 tahun ana belajar agama di pondok-pondok tua (sistem pengajian lama) di Fatoni terdapat di sana ada ulama' sunnah dan ada pulak ulama' punah. 


Mengikut Fatwa ulama' sunnah TG. Sheikh Daud Fatoni dalam kitabnya بغية الطلاب adalah; ''Kenduri arwah itu MAKRUH lagi BIDA-AH'' (maknanya makruh yang dacingnya berat sebelah haram kerana selepas kalimah makruh ada bida-ahnya''.


Dan ada juga ustaz-2 pondok (كفلا طلعه : kepala telaah) yang ikhlas dalam ilmunya yang tidak mementing hal periuk nasi atau hal makan memberi makna kepada kalam Sheikh Daud tentang tahlil itu Makruh Haram yakni lebih kurang dengan ''makruh haram hisap rokok'', dalam erti kata lain dia hanya membuat kita menjadi pening-pening penat seketika dan tidak memberi sebarang faedah selain dari pada menghabiskan masa dan duit. والله أعلم